HOME
Powered by StoreHub

Essentials Kit


  • Delivery
  • In Store
    FREE In-Store Pickup

Product Description


ESSENTIALS KIT, RM130

Your Cat Home Care

ImmunoBoost | ProDigest | Silky Smooth Shampoo  

Sesuai dijadikan hadiah untuk kucing dan orang tersayang.

Trio Combo ini diformulasi khas oleh Doktor Veterinar sendiri untuk kegunaan rawatan sokongan pesakit-pesakit furkids di beberapa buah klinik. Setiap perincian keperluan kucing dikaji dari segi keperluan nutrient, dose mengikut keperluan mereka, rasa dan bau yang lebih mudah diterima oleh baby bulus kita. Semua keperluan di atas adalah sebagai medium sokongan untuk kesihatan kucing kita, jika penyakit melibatkan jangkitan kuman & virus, jangan tunggu. Perlu dapatkan rawatan doktor veterinar segera. 

Boleh digunakan untuk Anjing, Arnab dan hamster (dose lebih kecil)


iVETSSENTIALS ImmunoBoost, 200g 

Caramel Vanilla Flavor  

Supplemen kucing terbaik, membantu menaikkan SELERA MAKAN, mengandungi ANTI-STRESS terutamanya bagi kucing sakit, LYSIN YANG TINGGI bagus untuk masalah selesema, meningkatkan iMMUNITI BADAN. Bagus sebagai supplemen harian kucing di rumah, terutama sekali bagi kucing yang baru lepas vaksin dan anak kucing yang berumur 2 bulan ke atas. 

Cara Makan: Pamkan terus ke mulut bagi introduction kepada kucing. Apabila telah serasi, boleh pamkan terus ke atas makanan atau ke tapak tangan (kucing menjilat) untuk bonding dengan kucing anda. 1-2 pam sehari ikut saiz badan. 

Dosage;  Cats: 1 pump/day | Dogs: 2 pump/day (Bodyweight >6kg) 


iVETSSENTIALS ProDigest, 10 sachets/box  

Vanilla Milk Flavour

ProDigest yang mengandungi 3 billion Prebiotics & probiotics yang bertindak untuk membaiki environment pencernaan kucing anda, selain membaiki sel-sel usus yang rosak akibat jangkitan virus/bakteria, toxicity dan keradangan usus. Sistem Pencernaan dan saluran Alimentary akan terganggu apabila berlaku radang, mengakibatkan Cirit, muntah, dan juga sembelit. Powder probiotic, 30g/sachet. 10x sachets/box

Cara Makan: Campurkan 1/4 sachet + wetfood, Boleh makan 3x sehari (Pagi, Petang & Malam). 1 sachet boleh dikongsi dengan 4-5 ekor kucing saiz medium untuk sekali makan. Bagi kucing cirit, berikan ProDigest selama 10 hari dalam wetfood sbg medium campuran shj. Boleh Teruskan dgn kibbles untuk makanan harian.

Good for sensitive digestions | Palatable and easy to use | Highly used in clinical treatments  


iVETSSENTIALS Silky Smooth Shampoo 250ml 

Mild Baby Floral Fragrance

Shampoo Rawatan berasaskan Virgin Coconut Oil (VCO) berupaya untuk merawat kulit bermasalah berpunca daripada fungus, allergy, kulit kering dan dermatitis yang menyebabkan bulu gugur berpanjangan, kulit kegatalan dan berminyak. Syampu diperkaya dengan Vit E, menguatkan sehingga ke akar rambut. Bulu kucing juga lebih licin, lembut dan menaikkan warna bulu mereka. Wangian yang lembut dan tahan lama. Sesuai digunakan untuk small kittens berumur 2 bulan ke atas. 

Cara Penggunaan; Basahkan bulu dan badan kucing anda dengan air suam/ suhu bilik. Letakkan syampu ikut keselesaan anda, dan biarkan 5-10 minit dengan syampu bagi bahan syampu meresap dan 'in-contact' lebih lama dengan kulit, terutamanya bagi kucing fungus dan mempunyai masalah kulit. ANda boleh gunakan Grooming Glove semasa syampukan kucing anda. Bilas dan keringkan kucing anda dengan tuala/blower.

Berapa kerap boleh mandikan kucing? Indoor Cat digalakkan setiap 2-3 minggu. Outdoor Cat setiap 2 minggu ikut kecomotan mereka.

Grooming Glove ; Digunakan untuk BODY MASSAGE kucing anda. Boleh digunakan semasa mandi dengan syampu ataupun ketika badan kering. Bagus untuk melancarkan perjalanan darah dan menguatkan deria saraf di badan kucing. 


HADIAHKAN UNTUK YANG TERSAYANG,

Anda boleh request untuk Special Note untuk hadiah kepada yang tersayang; pasangan anda, ibubapa, kawan-kawan dan juga untuk diri anda sendiri. Tiada yang lebih menggembirakan apabila ada Surprise Gift di hantar depan pintu rumah. Have a great day everybody!

Love, iVETSSENTIALS